Cara Manukar IP
Tutorial ini akan menunjukkan cara untuk menukar nomor IP anda kepada nomor
IP yang lain jika anda tidak mahu pelayan DHCP untuk berbuat demikian untuk
anda. Ini amat berguna kerena anda boleh menukar nomor IP jika anda diserang
Penafian Layanan (Denial of Service) atau jika anda mahu mengelakkan
seseorang menggunakan IP anda untuk tujuan tertentu tanpa pengetahuan anda.
Menukar IP juga amat berguna jika rangkaian anda telah dibanned dengan syarat
banned itu hanya merangkumi IP anda sahaja dan bukannya keseluruhan jarak IP.
Maklumat IP
Sebelum anda boleh menukar alamat IP, anda perlukan sedikit maklumat. Maklumat
yang saya maksudkan ialah jarak IP, subnet mask, alamat gateway, pelayan DHCP,
dan pelayan DNS.
Mendapatkan jarak IP – untuk mendapatkan jarak IP, saya mencadangkan anda
menggunakan program Neo Trace.
Mendapatkan subnet mask, alamat gateway, dan pelayan DHCP – untuk
mendapatkan maklumat ini dengan cara mudah, hanya buka program dos/command
dan tuliskan “ipconfig /all“, tanpa tanda ”. Anda akan mendapat
keputusan lebih kurang seperti berikut:
C:\>ipconfig /all
Windows IP Configuration
Host Name . . . . . . . . . . . . : Nama Komputer
Primary Dns Suffix . . . . . . . :
Node Type . . . . . . . . . . . . : Unknown
IP Routing Enabled. . . . . . . . : No
WINS Proxy Enabled. . . . . . . . : No
Ethernet adapter Local Area Connection:
Connection-specific DNS Suffix . : xxxx.xx.x
Description . . . . . . . . . . . : SURECOM EP-320X-R 100/10/M PCI Adapter
Physical Address. . . . . . . . . : XX-XX-XX-XX-XX-XX
Dhcp Enabled. . . . . . . . . . . : Yes
Autoconfiguration Enabled . . . . : Yes
IP Address. . . . . . . . . . . . : 210.xxx.xxx.xx
Subnet Mask . . . . . . . . . . . : 255.255.240.0
Default Gateway . . . . . . . . . : 210.xxx.xxx.x
DHCP Server . . . . . . . . . . . : 210.xx.xxx.xx
DNS Servers . . . . . . . . . . . : 210.xx.xxx.xxx
210.xx.xxx.xx
210.xx.xxx.xxx
Lease Obtained. . . . . . . . . . : Monday, January 20, 2004 4:44:08 PM
Lease Expires . . . . . . . . . . : Tuesday, January 21, 2004 3:43:16 AM
Menukar IP
Untuk menukar alamat IP, pilihlah sebarang IP yang diinginkan dari jarak IP
anda dan ingatkan ia atau tuliskan di atas secebis kertas. Dan anda perlulah
memilih IP yang mati atau belum digunakan, jadi lakukan ping melalui IP
tersebut untuk memeriksanya “ping x.x.x.x” dan jika anda mendapat times out
maka anda bolehlah menggunakan IP tersebut.
Sekarang masuk ke dalam Control Panel. Klik Network Connections
dan pilih sambungan yang aktif (barangkali LAN atau nama ISP anda). Buka
sambungan tersebut dengan membuat klik 2 kali pada ikon Network Connection,
akan muncul windows Properties sambungan anda seperti berikut:
kemudian pilih Internet Protocol (TCP/IP) dibawah General Tab
dan klik Properties. Dalam windows ini, pada General tab pilih “Use
the following IP address” dan masukkan alamat IP yang ingin anda gunakan
(yang anda pilih sebelum ini) dan untuk Subnet Mask masukkan subnet mask yang
anda terima dari maklumat ipconfig /all, begitu juga dengan Default Gateway.
Kemudian pilih “Use the following DNS server addresses” dan
masukkan maklumat yang anda terima sebelumnya. Sekarang klik sahaja OK. Cuba
refresh website untuk melihat kesannya. Untuk memastikan perubahan IP anda,
cuma taipkan ipconfig sekali lagi di dalam DOS dan lihatkan alamat IP baru
anda.
Jika anda ingin menukar alamat MAC, anda boleh melakukan 2 cara iaitu:
1) menukar terus kad Ethernet kepada yang lain (jika network anda tiada
sambungan router)
2) menukar MAC spoofing pada router
Untuk mengetahui alamat MAC anda, taipkan “ipconfig /all” di dalam
dos/command bagi pengguna WinNT/2000, maklumat MAC akan ditunjukkan pada baris
Physical Address.
Jika anda menggunakan Windows 9x, pergi ke start-> run-> winipcfg.
Pilih butang more info dan anda boleh melihat alamat MAC anda di sana.
Kamis, 16 Februari 2012
Cara Manukar IP pada Windows XP and Windows7
10:26:00 AM
No comments
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar